Photobucket

25 Apr 2011

~~MuSlImAh IdAmAn ALLAH SWT~~

Perempuan yang suci adalah perempuan yg dI jaga ALLAH..
Tidak sedikit pun ALLAH  membenarkan mana2 lelaki meyentuh drinya walaupun HATINYA…
kerana ALLAH  teramat mencintainya..

P/S:::Andai kita bergelumang dengan Cinta Lelaki…dimana Allah untuk menjaga kita???
Jika Allah dtgkn kesedran dlm dri spya tinggalkan cinta seorg Lelaki..
bermakna ALLAH  mahu kite kembali untuk DJAGANYA…

**sebesar2 dosa adlh dosa yg dlakukn ketika kita rasa berdosa melakukn..(imam Ghazali)**


aKu sE0RanG HamBa ALLAH yaNg TeRamATLah LemAh DaN hiNa..
TidAk pERnaH wUjuD tanPa bAntUan AL-KHALIQ..
TiDak MamPu meLaKukAn sEsuaTu tAnpA baNTuaN AL-JABBAR..
TaK kan SeLamaT taNpa AS-SALAM..
tiDak MemPunYai PenGawAL keSeLamaTan seLaiN AL-MUHAIMIN..
TiDak PeRnah mEmpunYai rEzaKi seLaiN daRipaDa AR-RAZAK..
KeaDiLan TidAk AkAn perNaH wuJuD seLaiN banTuaN AL-MUQSIT'..
wallahua'lam....


Sahabatku


SAHABATKU…..
Ingatlah sahabat Bunga itu menguntum indah, Menyeri dan mekar memerah, Dipuji dengan berbagai-bagai madah, Esoknya bunga itu gugur ke tanah, Serpih demi serpih ia punah, Tanpa daun dan kelopaknya musnah.Sahabatku... Engkau bukan layu seperti bunga, Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya, Lambang bunga lambang sementara cuma, Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya, Daerah kita bukan daerah cinta, Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara, Tiada senda gurau memanjang yang meleka, Kerana kita dalam memperjuangkan agama.

Sahabatku.. Disini uda dan dara telah berkubur, Kita bina atasnya jihad yang subur. Ingatlah sahabatku.. Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid, Yang merindukan dan memburu syahid, Maaf kiranya Ingatlah sahabat... Bumi kita bumi yang payah, Penuh peluh, air mata dan mungkin darah, Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah, Ikuti dibelakang ulama' supaya tak goyah, Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah, Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya keredhaan dari Allah.; Sahabatku... Semalam telah layu sekuntum bunga, Telah gugur dari jambangannya, Tetapi itu bukan perjuangan kita, Bukanlah itu sebagai lambangnya, Mulut telah kaku untuk bertanya, Hati malu untuk memikirkannya, Tidak seperti dahulunya, Kita kuat berhujah dan bersuara. tuturku yang pahit. Senyumlah sahabat..

Senyumlah dan serilah wajah, Walau pudar dan hambar datang tak sudah, Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah, Doaku agar kita berani seperti Hamzah, Malah punyai semangat seperti Sumaiyah. jadilah sahabat yang baik... Memang sudah menjadi fitrah semulajadi manusia ingin berkawan dan bersahabat. Sahabat sejati ialah yang sentiasa bantu membantu dalam mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Binalah nilai seorg sahabat yg baik....InsyaALLAH...Amin Allahuma Amin...

24 Apr 2011

~~ Indahnya Wanita~~

WANITA tdk dijadikan dari Ubun2 lelaki untk dipUja & dipUji,
tidak juga dri telapak Kaki untk dihina & dikeji,
...
tetapi dari RUSUK KIRI yg dekat dgn TANGAN untuk diLindUngi,
Dan deKat di HATI utk di SAYANGI serta DICINTAI..


"Yang paling kukuh KEIMANAN ialah BERKAWAN kerana Allah,BERMUSUHAN
kerana Allah,CHENTA kerana Allah dan MEMBENCI kerana Allah."
...{H.R Tabarani dari Ibnu Abbas R.A}


Ketahuilah Duhai ADAM,Ketika seorang akhwat "TAKUT JATUH
CINTA" bukan krn ia tak perlukan CINTA atau menolak di anugerahkan cinta, akan tetapi krn dia blm siap mengHALALkan dirinya untukmu, dia takut rasa yg Fitrah itu menjadi FITNAH disebabkan CINTA tanpa REDHA-NYA..

Tenanglah Wahai Hatiku

Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.
Tapi..kenapa hati kita tak gembira?


Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"


Apa masalah kita?


Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.


Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?


Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?


Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..


Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.


Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.


Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana hati kita nak tenang?
Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.


Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...


sumber:http://mr-tazkirah.blogspot.com/2010/07/tenanglah-duhai-hati.html

Tertutup Itu Indah

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
  Suatu sudut kafetaria Cengkih kelihatan beberapa orang perempuan sedang rancak berbual. Tiba-tiba…

 “assalamualaikum…”, terdengar suara orang memberi salam.

 “waalaikummussalam…eh, ustazah kita dah sampai la…hehe…”, jawab salah seorang dalam kalangan mereka dengan nada menyindir.

 Dia hanya tersenyum lantas berkata, “kamu semua sedang makan ya? Boleh saya turut serta?”

 “Err…tak lah ustazah, kitaorang tengah basuh kain nie, tak nampak ke?”, jawab seorang lagi dengan nada ketawa.

 “hahaha…adoi la…dah tahu tanya lagi. Eh Iman, engkau tak payahlah nak buat baik dengan kitaorang. Siapalah kitaorang nie kan, jahat…tak macam engkau tu, dah jadi alim sekarang”.

 “erm…maaflah kalau kedatangan saya nie membuatkan kamu semua tidak selesa. Kamu semua tetap sahabat saya, tiada ada yang berubah kecuali penampilan saya ini je. Saya cu..”. tidak sempat Iman menghabiskan kata-katanya.

 “Eh! Sudahlah. Kalau engkau nak duduk sini, duduklah. Aku nak blah. Tak lalu nak makan tengok muka engkau yang berlagak suci nie” . dia terus bangun dan berlalu. Kawannya yang lain menurutinya dari belakang.

 Hati Iman terluka. Tidak menyangka, perubahannya ke arah kebaikan dipandang hina oleh sahabat yang sentiasa bersamanya dulu. Iman terus berlalu pergi sambil menahan air mata dari membasahi pipinya.

 Ada mata yang memandang apa yang baru sahaja berlaku.

 “Nur, kamu pergi dulu ya. Akak menyusul kemudian, ada hal yang perlu di uruskan.”

 “baik kak Husna..” terus dia ambil bungkusan makanan yang Husna hulurkan.
 ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

 Husna tercari-cari kelibat seseorang. Matanya terpandang sepohon pokok di tepi tasik. Kelihatan seseorang bertudung labuh duduk di situ.

 “Mungkin dia…” detik hatinya.
 “assalamualaikum….sorang je ke dik?”.
 “waalaikummussalam… ya kak, saya sorang je..”, Iman menyambut tangan yang dihulurkan kepadanya.
 “seronokkan duduk kat sini. Tenang je rasa, tambahan pula dapat lihat salah satu keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa”, kata Husna sambil matanya memandang ke tasik.

 Namun tiada apa-apa respon dari Iman. Wajahnya kelihatan sayu sekali. Mungkin masih sedih dengan peristiwa sebentar tadi.
 “adik ada masalah ya? Mahu kongsi dengan akak?”, Husna cuba mengajaknya berbicara.
 “eh…tak ada apa-apalah kak…”, Iman cuba menyembunyikan apa yang sedang dirasainya.
 Husna tersenyum lantas dia memegang bahu Iman seraya berkata, “akak tahu apa yang berlaku kat kafe tadi”.
 Iman terkejut, “akak nampak ke tadi?”.

 Matanya terus bergenang air mata. Husna membiarkan sahaja. Husna tahu insan di sebelahnya sedang di uji keikhlasan hatinya oleh Yang Maha Esa.

 “yang tadi tu sahabat saya,” Iman memulakan bicara.

 “kami sudah berkawan dari sekolah menengah lagi. Sahabat yang banyak berkongsi suka dan duka bersama. Kami sering bersama-sama tidak kira ke mana kami pergi. Masing-masing memberi semangat antara satu sama lain. Indah sekali saat itu kak. Cuma, sejak saya balik dari cuti pertengahan semester baru-baru nie. Mereka seolah-olah cuba menjauhkan diri dari saya”

 "Saya ada juga bertanya kenapa dia buat macam tu dekat saya. Dia cakap, dia tak suka dengan penampilan baru saya yang bertudung labuh nie. Saya tahu kenapa dia tak suka sebab dia anggap orang tudung labuh nie hipokrik. Berlagak alim walaupun hati tu busuk sebab dia tengok ada beberapa orang yang bertudung labuh sendiri buat maksiat."

 "Dia kata orang tudung labuh nie lah yang banyak sekali yang couple, selalu menipu, solat pun lewat, pandang hina dekat orang yang pakai tudung biasa nie dan macam-macam lagilah kak. Jadi, bila saya berubah dengan pakai tudung labuh nie. dia anggap saya macam orang yang dia katakan tu…”

Husna tersenyum mendengar setiap kata-kata yang keluar dari mulut Iman.

Iman pelik dengan reaksi Husna. “kenapa akak senyum? Reaksi akak tak sama dengan kawan saya yang lain bila saya cerita semua tadi kat diaorang”.
 “apa reaksi diaorang?” tanya Husna.
 “diaorang cakap kawan saya tu buta mata hati. Tak dapat lihat dan bezakan mana yang baik dan mana yang buruk,” jelas Iman.
 Kali ini juga Husna tersenyum. Bertambah pelik Iman dibuatnya.
 Nampak Iman yang berkerut dahi dengan reaksinya, Husna ketawa kecil.

 Akhirnya Iman juga tersenyum melihat seniornya ketawa walaupun dia tidak tahu apa maksud disebalik reaksi insan disebelahnya.

“ha…senyum juga adik akak sorang nie…hehe…macam tu lah…” usik Husna.
 Iman terus tersenyum. Husna menjelaskan kenapa dia memberi respon sedemikian. “akak tersenyum di awalnya kerna apa yang dikatakan oleh kawan Iman tentang yang memakai tudung labuh tu ada benarnya. Dan…akak tersenyum buat kali yang kedua juga menandakan reaksi kawan Iman itu juga ada benarnya…”

“maksud akak?”, tanya Iman yang mahukan penjelasan yang lebih mendalam.

 “Apa perasaan Iman sebaik sahaja memakai tudung labuh nie?” Husna menjawab pertanyaan Iman dengan soalan.
  
“saya rasa lebih tenang dari sebelum nie kak. Terasa lebih terjaga, seolah-olah tudung labuh nie pelindung dan perisai diri saya. Suatu perasaan yang sukar diungkapkan melalui kata-kata,” Iman senyum, dia bersyukur diberi kekuatan untuk melakukan penghijrahan ke arah yang lebih baik.

“Alhamdulillah…akak tumpang gembira dengan perubahan kamu nie. Akak cuma pelik kenapa kita membezakan antara yang memakai tudung labuh dengan yang memakai tudung biasa kerna tudung labuh itu tidak wajib. Yang wajib adalah menutup aurat.”

 “dan akak juga tertanya-tanya, apa salah tudung labuh sehingga dipandang hina sebegitu rupa? Yang melakukan maksiat itu adalah si pemakainya, bukan tudung labuh tersebut.

 Husna terdiam seketika sebelum menyambung kata-katanya, “kawan Iman yang tidak suka melihat orang bertudung labuh ini kerna dia melihat tingkah laku si pemakainya dan bukan pada hikmah tudung labuh tersebut. Dia merasakan seolah-olah mereka itu tidak layak sama sekali untuk memakai tudung labuh jika berakhlak buruk.”

 “Dan kawan Iman yang memberi respon menyatakan buta mata hati itu kerna dia melihat insan yang berkata itu tidak menilai hikmah tudung labuh tersebut sebaliknya menilai si pemakainya. Dan yang menjadi penyebab dia buta mata hati itu siapa kalau bukan kita yang memakainya…”

Iman merenung jauh. Memikirkan kata-kata yang baru sahaja dia dengar.

Husna memandang Iman lalu berkata, “hati Iman mesti terdetik betapa beratnya tanggungjawab mereka yang memakai tudung labuh nie kan?”

 “Eh, macam mana akak tahu nie?” tanya Iman.

 “sebab akak juga pernah laluinya…bukan suatu hal yang mudah untuk berhijrah seperti yang Iman lakukan sekarang. Perlukan kekuatan untuk melaksanakannya supaya sentiasa istiqomah. Akak kagum dengan mereka yang mampu melakukan penghijrahan ini dan istiqomah”. Jawab Husna.

 “akak teringat kata-kata seorang Muslimin bilamana dia begitu hormat dan kagum dengan Muslimat yang mampu bertudung labuh dan baik akhlaknya di zaman yang moden nie. kita ini diibaratkan seperti berlian yang tersimpan indah di almari kaca yang tidak begitu mudah disentuh oleh mana-mana tangan yang “kotor”.

“Malah kita lebih berharga bilamana akhlak dan peribadi yang bagus menghiasi diri kita seperti permata yang berjuta harganya dijaga dengan rapi oleh pengawal keselamatan supaya tidak dicuri” sambungnya lagi.

 “Subhanallah…saya mahu jadi seperti berlian yang tersimpan indah dalam cermin kaca dan dijaga rapi oleh pengawal keselamatan kak…” Iman berkata dengan nada yang bersungguh-sungguh.

 “Alhamdulillah…tertutup itu indah kan…teguhkan pendirian kamu ya. Jadikanlah diri Iman sebagai role model kepada kawan-kawan yang lain. InsyaAllah, mata hati kawan Iman itu akan terbuka untuk menilai betapa hebatnya hikmah memakai tudung labuh. Manalah tahu, dia juga akan memakainya suatu hari nanti…”

 “perbaikilah diri sedikit demi sedikit. Carilah ilmu sedikit demi sedikit untuk mengukuhkan lagi pegangan dan keyakinan kita pada Yang Maha Esa. Percayalah, tudung labuh itu akan menjaga Iman dan menjadi perisai bukan sahaja luaran tetapi juga dalaman jika kita ikhlas memakainya kerna Allah s.w.t…”. Husna terus tersenyum.

Password DOA: Y2K + Adab-Adab Berdoa



Nak tahu tak macam mane doa kite nk diperkenan kan oleh Allah swt? ni sempat la ambik note masa tengok " halaqah "...heeee...jom baca...

Kita mesti yakin pada 2 perkara iaitu semasa kita berdoa, kita yakin Allah swt  sedang dengar doa yang kita pohon padaNya dan yakin Allah swt akan perkenan kan doa kite.

Yakin je x berguna jugak, ape lagi yang tertinggal?yup!!!KHUSYUK…..means khusyuk tu kita rasa rendah diri, rasa hina , rasa kehambaan,rase kerdil sangat pada Allah swt….makesure khusyuk yang betul2 khusyuk bukan kita berpura-pura minta padaNya..

 Ada yang tertanya-tanya macam mane kita nk khusyuk dalam berdoa bukan?senang sahaja salah satu cara kita boleh khusyuk adalah dengan memahami doa yang kite pohon pada Allah swt. Senang bukan? Selain kita fahami,kita mesti lah juga menjiwai doa yang kita mohon tu.

Nak berdoa ni pon ade adab- adabnye yer, contohnye berwuduk, mengadap kiblat, menadah tangan dengan sungguh2, ade intro die( Alhamdulillah, selawat), jaga suara kita(jangan tinggi dan jangan rendah sangat) dan ending pon mesti diakhiri dengan selawat puji-pujian pada Nya.

Pendek kata,berdoa ni kena ade abab, ade protocol,ade masanye, dan yang penting  ade passwordnye..
Kenapa Allah swt tidak perkenankan doa kita?jom baca contoh kat bawah..

Emak dan anak( baby) berada didapaur. Tiba-tiba ada seekor ular melintasi baby tadi. Macam yang kita tahu, baby tahu apelah dengan ular tu. Yang die tahu die nak pegang ular tersebut dan menyangka ulat tersebut permainan buatnya. Si emak tadi terkejut dan berusaha mendapatkan anaknya dari ular tersebut kerana si emak tahu bahawa ular tadi sangat bahaya dan mudarat pada anaknya.
Si anak menangis2 dan ingin mendapatkan ular tutapi dilarang oleh si emak kerana emak mengetahui ulat tu sangat tidak baik pda anaknya.

Begitulah perumpamaan kenapa doa kita tidak diperkenankan.
Kita adalah baby tadi yang bersungguh2 nak perkara yang kita tidak tahu baik atau buruk buat kite.

Allah swt mengetahui segala yang baik dan buruk pada hambaNya. Seperti peranan si emak tadi yang melarang anaknya dari bahaya. Sedangkan anaknya(iaitu kita) tidak mengetahui apa2.

Sebab itulah kadang2 Allah swt menahan sekejap doa kita dari termakbul kerana perkara itu tidak baik pada kita dan mungkin akan merbahaya pada kite. Allah swt tidak kejam tetapi Allah swt nak yang terbaik untuk kita…

Dah berdoa jangan lupa berusaha  yaaa….jangan berharap pada doa sahaja. Sesengguhnya password anda tidak lengkap tanpa usaha. Dan akibatnya, doa tidak sampi dan diperkenankan..

SENTIASALAH BERSANGKA BAIK PADA ALLAH SWT
TERUSKAN BERDOA
SESUNGGUHNYA ALLAH SWT DEKAT DENGAN KITA SEMUA
YAKIN DAN PASTI….
....Amin Allahuma Amin....

WANITA IMPIAN SI ADAM

Bersabda Rasulullah SAW:
...
“Sebaik-baik perhiasan di dunia ini adalah wanita yang solehah.”

Perempuan yang aku sayangi
Adalah pencinta agama Rabbnya
Yang mengalir rasa cinta,takut dan harap
Terus menguasai perjalanan kehidupannya
Dari waktu ke waktu
Sehingga perjanjian antara jasad dan nyawanya berakhir

Perempuan yang aku rindui
Adalah yang di mata dan wajahnya
Terpancar sinar nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Sentiasa muraqabah
Setiap waktu sibuk membaiki diri
Di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah

Perempuan yang aku cintai
Yang menutup auratnya dari pandangan ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti
Muhasabatunnafsi dilakukan selalu
Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi

Perempuan yang aku dambai
Yang mendekatkan hatiku yang jauh dari Allah
Tika aku di sana dilamar duniawi
Hadirnya memperkasa Akhiratku
Sewaktu aku alpa dan leka
Lembut manjanya mentazkirah diri
Di kala aku disapa bahana
Belai kasihnya menginsafkan naluri

Perempuan yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Demi kebahagiaan abadi di sana

Perempuan yang aku sukai
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Yang menjadi pelita untuk putera-puteriku
Yang bakal dilahirkan
Untuk menyambung perjuanganku
Menegak kalimah Allah nan qudus
Mendaulat perjuangan suci Junjungan Mulia

Perempuan yang aku impi
Adalah wanita yang luhur haqiqi
Muslimah yang setia sejati
Mu’minah yang taat pada Ilahi

Itulah…
Perempuan acuan al-Qur’an..
InsyaAllah,Ameen ya Rabb..

❤ PESAN RABB UTK MU DUHAI WANITA ❤

Ketika AKU menciptakan langit dan bumi, AKU berfirman dan jadilah.Ketika AKU menciptakan pria, AKU membentuknya dan meniupkan nafas ke dalam dirinya.

Tetapi engkau, wanita, AKU menghiasmu setelah aku meniupkan nafas ''kehidupan'' ke dalam diri pria. AKU membiarkan pria tertidur dengan nyenyak sehingga AKU dapat dengan sabar dan sempurna membentuk engkau.AKU tidurkan pria supaya dia tidak dapat mencampuri.

Dari satu tulang, AKU menghiasmu. AKU memilih tulang yang melindungi pria. AKU memilih tulang rusuk, yang melindungi jantung dan paru-paru juga mempertahankannya,sebagaimana yang harus kamu lakukan. Dari satu tulang ini,AKU membentukmu dengan sempurna dan cantik.

Sifatmu adalah tulang rusuk, kuat tetapi lembut dan mudah patah. Engkau menyediakan perlindungan untuk organ paling lembut dari pria iaitu hati atau jantungnya. Jantungnya adalah pusat dari kehidupannya, paru-paru menggenggam nafas kehidupan. Tulang rusuk akan membiarkan dirinya patah sebelum ia mengizinkan kerosakan terjadi pada jantung.Kasihilah pria sebagaimana tulang rusuk melindungi tubuhnya.

Engkau tidak diambil dari kakinya untuk menjadi alasnya, tidak juga diambil dari kepalanya untuk menjadi atasannya. Engkau diambil dari sisinya, untuk berdiri disebelahnya dan disayangi sepenuh hati.

Engkau adalah malaikat-KU yang sempurna. Engkau adalah gadis kecilku yang cantik. Engkau telah membesar menjadi wanita yang sempurna, dan mata-KU terpuaskan ketika aku melihat hatimu. Matamu...jangan mengubahnya. Bibirmu sangat cantik ketika mengucapkan doa. Hidungmu sangat sempurna dalam bentuk. Tanganmu sangat lembut untuk disentuh. AKU telah memberi perhatian pada wajahmu saat engkau tertidur. AKU menggengam hatimu dekat dengan hati-KU.

Dari semua yang hidup dan bernafas, engkau adalah yang paling mirip dengan AKU. ADAM berjalan bersamaku dihari dingin dan dia kesepian. Dia tidak dapat melihat ataupun menyentuh-KU. Dia hanya dapat merasakan-KU. Jadi semua yang AKU ingin Adam berbagi denganku, AKU membentuknya didalam kamu. Kekuatan-KU, kemurnian-KU, cinta-KU, perlindungan-KU dan dukungan-KU. Engkau adalah istimewa, karena engkau adalah perpanjangan tangan-KU.

Pria melambangkan citra-KU, sedangkan wanita melambangkan perasaan-KU. Bersama-sama kalian melambangkan TUHAN yang sejati. Jadi pria, perlakukanlah wanita dengan baik, cintailah ia, hormatilah ia karena ia lembut. Menyakitinya, berarti engkau menyakiti-KU. Apa yang engkau lakukan kepadanya, engkau melakukan-nya kepada-KU.

Wanita, kasihilah pria. Dalam kesederhanaan, tunjukkan kepadanya kekuatan perasaan yang telah AKU berikan kepadamu. Dalam kesunyian, tunjukkan kekuatanmu. Dalam cinta, tunjukkan kepadanya bahwa engkau adalah tulang rusuknya yang melindungi tubuhnya.

InsyaAllah..Ameen Ya Rabb..
♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸♫
@
~Dicopas dari Teman FB..~


 Jangan menagih kasih orang yg belum halal buatmu..
tetapi dekatkan dia dengan cinta Ilahi...
InsyaAllah,apabila kamu memilikinya
dia jauh lebih baik dalam menyayangimu
berbanding kekasih yg sering mengungkapkan
 kata sayang kepadamu..